1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho'
tapi
kalau nak meninggikan suara sekadar
menunjukkan ego,
tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana
mereka
mudah meninggikan suara walaupun
pasangannya tidak
bersalah.
2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol.
Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan
nak
berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak
keluar ke
kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah
tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya
aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka... macammana tu?
3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau
cemburu
tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu,
tentu rasa
tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke
tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan
semua
perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman
lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman
lelakinya
amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah,
malas jugak nak layan kadang-kadang!
4. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia
terhadap seseorang gadis apabila mendapat
kekasih yang
panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur
segala
kemarahannya.
diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain.
Setakat
kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal
satu
badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau
nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan
dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah
bang! Di
mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan
yang ada?
Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada
barannya, cuma kena pandai-pandai
mengawallah. Kalau
dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik
abang oiii!!!
5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan
wanita. Asyik berasap
dengan bau
dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya
habis
sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan
makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut
asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu
membawa
kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini
tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah
menyebelah. Kadang-kadang teman wanita
menegur
bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak
mahu
kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak
teman
lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan
merimaskan
kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak
dapat
dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan
keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak
tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan
membuatkan
lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah
memimpin
kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego
tetapi
biarlah kena pada tempatnya.
7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu
ataupun
memberikan alasan yang tak munasabah.
Sanggup
memungkiri janji dan memberikan alasan yang
mereka
mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan
padahal
sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji
mereka
sendiri.
mengaku
solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana
kaum
wanita lebih menghormati mereka yang memiliki
sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka
berdolak-dalih ini lama kelamaan akan
membuatkan semua
gadis akan menjauhi anda.
8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar.
Walaupun
dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia.
Apatah lagi
kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
9. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata
keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan
seksi
mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang
bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi
mereka
tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati
kekasih kenalah jaga juga
cik abang!
10. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika
mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan
menarik dan
mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu
mengaku
merekalah yang menjadi lelaki idaman para
wanita.Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita
mereka ini
sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka
perasan
lebih. Bukan semua wanita memandang pada
paras rupa,
kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita
yang lebih
suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!
11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri
sendiri
ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin
menegakkan pendapat sendiri tanpa
mempedulikan luahan
pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan
mereka dan jarang hendak mementingkan
perasaan
kekasih...
egolah katakan! Tidak semestinya pendapat
kaum wanita
ni tak boleh diguna pakai.
12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan
kurang memberikan perhatian tidak kira dalam
apa jua
urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan
dengan
dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya.
Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka
kurang
mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan
minta
diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah
sekadar
pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat
semulajadi seseorang wanita itu yang ingin
bermanja
dan dimanjakan.
13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau
pun
gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak
kikis
duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal
fikiran.
Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah
biasa
dengar, tapi kalau lelaki pula
yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-
masa
macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu
komited
dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi
banyak
alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar
bersama, selalu pula bercerita tentang kerja
dan merungut sering dibebani kerja yang
menimbun.
Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya
tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun,
seminggu
sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan
segala
hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita
ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai
membahagikan masa...
15. PENGOTOR
mereka
ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau
membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!!
yang
jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan
macam-macam
lagi sampaikan badan sudah berbau semacam
pun dia tak
sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila
menyedari badan sudah berbau?? Entahlah...
hanya kaum
lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat
menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.
Macam 'food
machine'. Mereka lemas melihat teman wanita
mereka
makan terlalu sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga
melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada
lelaki
mahupun wanita patutlah makan dengan
bersopan. Buat
apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata
hendak
bermain snooker atau menonton bolasepak
bersama
kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan
kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala
bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan
hinggakan masa
bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk
menghabiskan
masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta
kalau
macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula,
kawan-kawan
sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak
sesuai
bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia
sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga
akan
menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu
hendak
merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya
tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai
perasaan atau pun perbuatan kekasihnya.
pula yang
berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-
bolehnya mahu si
dia terang-terangan menunjukkan sikap
meghargai mereka
ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu,
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak
menyedarinya.
Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
yang
menghargainya di atas apa yang
dilakukannya
terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya
ucapkanlah terima kasih setiap kali dia
berbuat
sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan
kenyataan
walaupun ternyata sememangnya merekalah yang
bersalah.
Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan
si
dia mempercayai alasan tersebut dan mereka
akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda
benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak
berlaku
kerana apa akibatnya sekiranya si dia
mengetahui juga
tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan
keadaan,
melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak.
hancur je
yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih
gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan
yang diri
mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak
perlulah
nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian
terhadap
anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho,
tetapi pada
mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang
disangkakan, tak guna juga!
Friday, July 24, 2009
at
11:22 AM
|
0
comments
Posted by
MrLeyman
Labels:
love