Mana satu yang betul??
















Sama jauh ke??














Emas & Handphone Boleh Meminjam Wang??
















Masih Nak Buang Sampah??
















Bahana PPSMI??
Posted by MrLeyman
Walau sesibuk manapun kita dengan tugasan seharian kita, jangan kita lupa untuk bertanya khabar ibu bapa kita di kampung. Paling tidak pun, telefonlah mereka sekali dalam seminggu. kalau boleh pulanglah ke kampung menziarahi mereka sebulan sekali. Jangan sekadar mengirimkan wang kepada mereka kita fikir kita dah laksanankan tanggungjawab kita kepada ibu bapa kita. Mereka bukannya mengharap wang ringgit daripada anak-anak tetapi kasih sayang dan perhatian anak-anak sudah cukup membuatkan mereka rasa di hargai. lihat gambar di bawah dan renung-runungkan lah. JANGAN SAMPAI IA TERJADI PADA IBU BAPA KITA...





Posted by MrLeyman

Sebelum ini hanya permainan kereta RC (remote control) yang mendapat tempat di kalangan masyarakat kita, tetapi sekarang masyarakat telah mula beralih ke arah permainan helikopter RC pula. Bukan golongan remaja sahaja yang meminati permainan ini, malah golongan dewasa juga turut meminati permainan ini. Perkembangan ini dilihat sebagai perkembangan yang positif dalam masyarakat kita. Paling tidak pun anak remaja kita mempunyai satu aktiviti yang mampu menghalang mereka dari terjebak ke arah aktiviti yang tidak sihat. Walaupun kos untuk memiliki sebuah helikopter RC agak tinggi namun ianya menjanjikan satu pengalaman yang mengasyikkan. Permainan helikopter RC ini sebenarnya menuntut kemahiran yang tinggi berbanding kereta RC. Bayangkan kita perlu menerbangkan helikopter tersebut disamping menentukan arah pergerakkannya dan yang paling penting kita perlu pastikan yang helikopter tersebut tidak terhempas. Sudah pasti ia menuntut kawalan remote control yang baik. Namun, kata orang 'practice make perfect'. Bagi yang baru hendak memulakankan hobi ini, tak perlu risau jika kita tak pernah mengendalikan helikopter ini. dari harike hari, pasti kita akan menjadi mahir. cuma dari pengalaman, pada peringkat permulaan ini kipas(blade) helikopter itu antara bahagian yang selalu mengalami kerosakan (terhempas laa...). Jangan risau kerana sekarang ni dah semakin banyak kedai-kedai yang menjual 'spare -part' dan menyediakan khidmat membaiki jika berlaku kerosakan.
Posted by MrLeyman Labels:
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Posted by MrLeyman
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
Posted by MrLeyman
1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan
lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga
yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang
terdapat di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut
labab-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak
boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup
sehingga 116 tahun atau lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga,
tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak
dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil
untuk anda menjilat siku sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak
dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga
tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz
otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang
boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam
satu barisan yang sama pada papan kekunci.

15. Hampir semua pembaca artikel ini akan cuba
untuk menjilat sikunya.
Anda bagaimana?
mungkin anda tidak percaya, tetapi ambil masa dalam seminit dua dan renung-renungkanlah...
Posted by MrLeyman

Universiti Teknologi Mara telah membuat pengumuman mengejut dengan memaklumkan tentang cuti semester yang telah di awalkan sebagai langkah untuk membendung virus influenza A H1N1 daripada terus merebak. Cuti semester tersebut telah diawalkan kepada 26 Julai sehingga 2 Ogos. dengan pengumuman itu juga telah menyebabkan kaunter tiket bas ekspress di Seksyen 17 Shah Alam penuh sesak dengan para pelajar yang ingin mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Pengumuman tesebut dilakukan ekoran arahan penutupn selama seminggu kepada empat kampus UiTM iaitu Uitm Melaka, Uitm Penang, Uitm Perak dan Uitm Terenggganu yang telah mencatatkan kes-kes jangkitan virus influenza a H1N1.
Posted by MrLeyman


Dunia perfileman tanah air sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad ke rahmatullah. Allahyarhamah yang berusia 51 tahun menhembuskan nafas terakahir di Hospital Pakar Damansara kira-kira jam 11.25 malam 25 Julai 2009. Sebelum itu, allahyarhamah telah menjalani pembedahan membuang pendarahan dalam otak akibat diserang angin ahmar. Dua hari sebelumnya, allahyarhamah berada di Sri Pentas TV3 untuk membentangkan kertas kerja bersama-sama Datuk SitiNurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. allaryarhamah ada mengadu tidak sihat tetap meneruskan pembentangan kertas kerja tersebut sebelum rebah dan telah dikejarkan ke hospital. Selepas ini pastinya warga Malaysia akan merindui karya-karya allahyarhamah yang banyak mencuit hati dan menyetuh perasaan. Setiap kali musim perayan atau bulan kemerdekaan, kita pasti ternanti-nanti iklan -iklan Petronas yang banyak diaarahkan oleh allahyarhamah yang amat mncuit hati dan menyentuh perasaan. Tidak kurang hebatnya filem-filem seperti Sepet, Mukhsin dan banyak lagi yang banyak menyentuh elemen kekeluargaan dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan tenang di sana. al Fatihah.
Posted by MrLeyman

Lelaki selalu mahukan wanita yang 'perfect' yang konon-konon nya idaman hatilah. Tapi kadang-kadang sebagai lelaki kita tak sedar bahawa wanita juga ada ciri-ciri lelaki idaman mereka juga. Di bawah ni ada beberapa sifat lelaki yang wanita tidak suka.


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho'
tapi
kalau nak meninggikan suara sekadar
menunjukkan ego,
tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana
mereka
mudah meninggikan suara walaupun
pasangannya tidak
bersalah.

2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol.
Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan
nak
berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak
keluar ke
kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah
tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya
aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka... macammana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau
cemburu
tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu,
tentu rasa
tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke
tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan
semua
perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman
lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman
lelakinya
amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah,
malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia
terhadap seseorang gadis apabila mendapat
kekasih yang
panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur
segala
kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari
diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain.
Setakat
kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal
satu
badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau
nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan
dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah
bang! Di
mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan
yang ada?
Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada
barannya, cuma kena pandai-pandai
mengawallah. Kalau
dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik
abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan
wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas
dengan bau
dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya
habis
sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan
makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut
asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu
membawa
kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini
tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah
menyebelah. Kadang-kadang teman wanita
menegur
bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak
mahu
kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak
teman
lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan
merimaskan
kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak
dapat
dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan
keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak
tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan
membuatkan
lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah
memimpin
kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego
tetapi
biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu
ataupun
memberikan alasan yang tak munasabah.
Sanggup
memungkiri janji dan memberikan alasan yang
mereka
mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan
padahal
sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji
mereka
sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi
mengaku
solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana
kaum
wanita lebih menghormati mereka yang memiliki
sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka
berdolak-dalih ini lama kelamaan akan
membuatkan semua
gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar.
Walaupun
dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia.
Apatah lagi
kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata
keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan
seksi
mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang
bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi
mereka
tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati
kekasih kenalah jaga juga
cik abang!

10. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika
mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan
menarik dan
mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu
mengaku
merekalah yang menjadi lelaki idaman para
wanita.Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita
mereka ini
sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka
perasan
lebih. Bukan semua wanita memandang pada
paras rupa,
kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita
yang lebih
suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri
sendiri
ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin
menegakkan pendapat sendiri tanpa
mempedulikan luahan
pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan
mereka dan jarang hendak mementingkan
perasaan
kekasih...
egolah katakan! Tidak semestinya pendapat
kaum wanita
ni tak boleh diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan
kurang memberikan perhatian tidak kira dalam
apa jua
urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan
dengan
dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya.
Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka
kurang
mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan
minta
diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah
sekadar
pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat
semulajadi seseorang wanita itu yang ingin
bermanja
dan dimanjakan.

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau
pun
gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak
kikis
duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal
fikiran.
Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah
biasa
dengar, tapi kalau lelaki pula
yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-
masa
macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu
komited
dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi
banyak
alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar
bersama, selalu pula bercerita tentang kerja
dan merungut sering dibebani kerja yang
menimbun.
Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya
tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun,
seminggu
sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan
segala
hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita
ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai
membahagikan masa...

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri
mereka
ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau
membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga
yang
jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan
macam-macam
lagi sampaikan badan sudah berbau semacam
pun dia tak
sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila
menyedari badan sudah berbau?? Entahlah...
hanya kaum
lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat
menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.
Macam 'food
machine'. Mereka lemas melihat teman wanita
mereka
makan terlalu sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga
melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada
lelaki
mahupun wanita patutlah makan dengan
bersopan. Buat
apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata
hendak
bermain snooker atau menonton bolasepak
bersama
kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan
kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala
bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan
hinggakan masa
bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk
menghabiskan
masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta
kalau
macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula,
kawan-kawan
sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak
sesuai
bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia
sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga
akan
menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu
hendak
merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya
tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai
perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada
pula yang
berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-
bolehnya mahu si
dia terang-terangan menunjukkan sikap
meghargai mereka
ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu,
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak
menyedarinya.
Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
yang
menghargainya di atas apa yang cuba
dilakukannya
terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya
ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba
berbuat
sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan
kenyataan
walaupun ternyata sememangnya merekalah yang
bersalah.
Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan
si
dia mempercayai alasan tersebut dan mereka
akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda
benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak
berlaku
kerana apa akibatnya sekiranya si dia
mengetahui juga
tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan
keadaan,
melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak.
hancur je
yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih
gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan
yang diri
mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak
perlulah
nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian
terhadap
anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho,
tetapi pada
mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang
disangkakan, tak guna juga!

Posted by MrLeyman Labels:
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum